Rabu, 6 Mac 2013

CAHAYA CINTA KITA


LEAD ACTOR: JUNG YONG HWA
LEAD ACTRESS: SEO JOO HYUN

BACKUP ACTOR N ACTRESS: LEE GI KWANG,YANG SEUNGHO AND HYORIN


Jam menunjukkan pukul 12 malam. Seo joo hyun atau dikenali sebagai Seo hyun baru sahaja balik ke rumahnya setelah seharian keluar bersiar-siar dengan kawannya. Setibanya dia di luar pagar rumahnya dia melihat kelibat abangnya iaitu Seungho yang sedang menanti kepulangan adiknya dari tadi. Oleh disebabkan Seohyun ingin mengelak daripada di marahi abangnya dia pun membuat keputusan untuk masuk mengikut pintu belakang.

Setelah berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah, Seohyun terus pergi ke biliknya supaya abangnya tidak menyedari kepulangan nya itu. Sebaik sahaja Seohyun memasuki biliknya dia melihat kelibat seorang lelaki dengan ketakutan Seohyun menjerit memanggil abangnya. Seungho pun berlari ke bilik adiknya untuk melihat apa yang berlaku. Sesampai sahaja Seungho kebilik adiknya dia menanyakan apa yang berlaku dan Seohyun menunjuk ke arah lelaki tersebut.
Abangnya ketawa dan Seohyun bertanya kepada abangnya siapakah lelaki tersebut. Dengan spontannya abangnya menjawab bahawa lelaki tersebut adalah suami Seohyun.
Wajah Seohyun mula timbul kerisauan dan memikirkan adakah yang dikatakan abangnya itu benar. 

Oleh disebabkan tidak tahan dengan gurauan kawan baik nya kepada adik nya, Yong hwa lantas memperkenal kan dirinya kepada Seohyun. " hye,nama saya Jung Yong hwa, awak boleh panggil saya Yong hwa, saya ini kawan baik abang awak" kata Yonghwa kepada Seohyun. Setelah selesai  pekenalan antara adik nya dengan Yonghwa, Seungho terus memarahi adiknya dan menyatakan hasrat nya bahawa dia benar-benar akan mengahwininya jika dia terus pulang lewat malam.

Setelah mendengar amaran dari abangnya, Seohyun pun menyatakan bahawa dia tidak akan pulang akhir lagi selepas ini. Abangnya menyatakan begitu kerana bimbang akan keselamatan adiknya yang kerap pulang akhir kebelakangan ini. Dia juga amat risau kerana nanti dia terpaksa meninggalkan adik nya selama 6 bulan di sini kerana dia ada urusan di luar negara yang tidak dapat dielakkan. Disebabkan itu abangnya telah membuat keputusan untuk meletakkan penjagaan adiknya kepada kawan baiknya semasa ketidak adaannya disini.

Dalam keadaan pergaduhan manja adik-beradik ini, Yonghwa telah memerhatikan Seohyun sejak dari tadi. Yonghwa merasakan Seohyun adalah seorang gadis yang baik,jujur dan tidak akan pernah membuat perkara yang tidak disuruh oleh abangnya. Boleh dikatakan Yonghwa telah jatuh cinta dengan keperbadian Seohyun. Seungho memberitahu adiknya bahawa dia akan ke luar negara selama 6 bulan dan selama kepergiannya Yonghwa akan menguruskan semua yang dia perlukan disini. Seohyun dengan rela hati terpaksa menerima kehadiran Yonghwa didalam kehidupannnya selama 6 bulan ini.

KEESOKKAN HARINYA......

Sebaik sahaja Seohyun bangun dari tidur, dia melihat satu nota kecil yang telah di tuliskan oleh abangnya kepadanya. Dalam nota tersebut abangnya memberitahu Seohyun bahawa dia telah berangkat ke luar negara dan meminta maaf kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Abangnya juga berpesan supaya jangan menyusahkan Yonghwa kerana Yonghwa perlu menulis sebuah lagu untuk diterbitkan nanti. Seohyun berfikir "kenapa dia sanggup menjaga sedangkan dia sibuk, apa dia fikir aku tak pandai jaga diri ke". Pesanan terakhir abangnya menyatakan bahawa Yonghwa masih lagi bujang dan tidak mempunyai kekasih, abangnya berharap adiknya dapat mengambil hati Yonghwa supaya Yonghwa dapat menjadi adik iparnya suatu hari nanti.

Sebaik sahaja selesai membaca nota dari abangnya, Seohyun terus turun ke bawah untuk bersarapan. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat meja makan penuh dengan sweet potato yang dimasak dengan bermacam cara. Sebaik sahaja dia menyentuh makanan diatas meja itu, tiba-tiba Yonghwa mengetuk tangan Seohyun menggunakan sudip alangkah terkejutnya Seohyun pada masa itu.

4 bulan kemudian....

Sebelum Yonghwa hendak pergi kerja Yonghwa memberitahu Seohyun bahawa dia akan balik lewat hari ini dan tidak dapat memasak untuk nya dan menyuruh dia membeli makanan di luar sahaja. Oleh disebabkan Seohyun terasa tercabar disebabkan dia merasakan yang Yonghwa sedang menyindirnya kerana dia tidak pandai memasak, pada hari itu dia telah memasak makanan untuk mereka berdua.

Sebaik sahaja Yonghwa balik dari kerja, Seohyun telah menghidangkan makanan yang telah dia masak di atas meja. Yonghwa terus menghampiri meja makan dan mencuba makanan tersebut. Setelah merasa makanan tersebut Yonghwa berkata kepada Seohyun " eh! kenapa lauk hari ini masin, dimana awak beli nanti saya saman kedai itu sebab jual lauk begini". Setelah mendengar kata-kata Yonghwa, Seohyun terasa amat sedih dan menyatakan kepada bahawa dia yang telah memasak lauk itu. Selepas habis sahaja memberitahu perkara tersebut Seohyun terus berlari masuk ke bilik nya.

Disebabkan rasa bersalah Yonghwa berdiri di hadapan pintu Seohyun dan berkata bahawa dia minta maaf atas apa yang dia katakan tadi. Yonghwa mengatakan bahawa dia tiada maksud pun untuk melukai hati Seohyun dan menyatakan selama ini dia tidak begitu tahu mengenai Seohyun kerana Seungho tidak pernah menceritakan apa-apa kepadanya tentang Seohyun.

Setelah itu, Yonghwa memberitahu Seohyun, dia tidak dapat terus tinggal disini dan menjaganya lagi. Ini kerana dia merasakan dia hanya menyusahkan dan membuat seohyun bersedih sahaja. Setelah mendengar kata-kata Yonghwa, Seohyun pun keluar dari bilik nya dengan menghalang Yonghwa untuk meninggalkan nya seorang diri. Yonghwa berkata jangan risau kerana dia akan menghantar kawan baiknya Hyorin untuk tinggal bersama Seohyun setelah pemergiannya nanti.

Dua bulan kemudian....

Disebabkan tidak mempercayai kata-kata Yonghwa bahawa Hyorin dan dia hanya berkawan, Seohyun terus menanyakan apa yang terkandung dalam hatinya kepada Hyorin. "Awak sebenarnya siapa ke pada Yonghwa?? Adakah awak kekasihnya??". Hyorin pun menjawab pertanyaan Seohyun tadi dengan senyuman di wajahnya. "Awak adalah org yg ke 100 yang mengatakan bahawa kami ini pasangan kekasih, tetapi itu tidak akan terjadi kerana saya sudah mempunyai kekasih yang bernama Lee Gikwang. Jadi janganlah awak risau" jawab Hyorin.

Dengan perasaan yang gembira Seohyun terus keluar dari rumahnya dan pergi ke pusat membeli belah untuk membeli album terbaru CNBLUE yang kebanyakkan lagu ditulis oleh Yonghwa dan dinyanyikannya sendiri.

Di kedai vcd....

Setelah tibanya di kedai vcd dia terus pergi ke arah pekerja di kedai tersebut dan menanyakan dimana terletakknya disc lagu terbaru dari CNBLUE. Pekerja tersebut memberitahunya bahawa ia terletak di belakang rak sebelah kiri. Dengan pantasnya dia menuju ke rak yang di katakan kepada nya tadi.

Setelah sampainya dia disitu dia melihat hanya satu sahaja album yang tinggal dan pantas mengambilnya, lalu membelinya. Setelah sampainya di rumah, Seohyun terus mendengar lagu tersebut dan dia terpesona dengan lirik lagu cahaya cinta. Baginya lirik lagu itu seakan ada kena mengena dengan dirinya. Tetapi adakah semua ini hanya kebetulan sahaja. 

Keesokan harinya....

Hyorin masuk ke bilik Seohyun dengan membawa sejambak bunga yang mempunyai kad didalamnya. Didalam kadnya menyatakan bahawa ingin berjumpa Seohyun di Taman Bunga yang tidak jauh dari rumahnya pada pukul 7 malam ini. Hyorin menanyakan kepada Seohyun siapakah yang telah memberinya bunga yang amat cantik itu. Dengan pantas Seohyun mengelenggkan kepala kerana didalam kad itu tiada nama pengirimnya.

Setelah jam menunjukkan pukul 7 Seohyun terus pergi ke Taman Bunga untuk berjumpa dengan orang yang mengirimkan bunga kepadanya tadi pagi. Dengan hati yang berdegup kencang Seohyun memberanikan diri. Setelah sesampainya dia di situ tiba-tiba Taman Bunga yang gelap menjadi cerah dengan sinaran api yang berwarna-warni.

Pada masa yang sama kelihatan seorang jejaka yang memegang gitar ditengah-tengah lilin yang berbentuk hati. Setelah itu, lelaki itu menyanyikan lagu yang dikenalinya iaitu Cahaya Cinta. Sabil menyanyi lelaki untuk terus menuju ke arah Seohyun. Alangkah tekejutnya Seohyun melihat bahawa lelaki itu adalah lelaki yang amat dia rindu dan cintai sepenuh hatinya.

Setelah sampainya ke arah Seohyun, Yonghwa lantas mengeluarkan cincin yang ada di poket kanan seluarnya dan melutut ke arah Seohyun. Sambil mengatakan " Sudikah awak menjadi seseorang yang penting untuk saya". Tanpa teragak-agak Seohyun terus menyetujui lamaran Yonghwa itu. Yonghwa terus memasangkan cincin ke arah jari manis Seohyun begitu juga dengan Seohyun. Sekarang ini mereka adalah pasangan yang Sah. Abangnya dan Hyorin yang bersembunyi tadi telah keluar mengucapkan tahniah kepada mereka.

5 bulan kemudian....

Setelah Yonghwa berjaya memikat hati Seohyun, Yonghwa telah mencipta satu lagi lagu untuk kekasih yang dia cintai yang berjudul love girl. Lirik lagu itu ditulisnya sepenuhnya untuk Seohyun.

Apabila Seohyun mendengar sahaja lagu tersebut dia terus pergi berjumpa dengan Yonghwa dan memeluknya sambil mengucapkan "saya cintakan awak hanya awak yang ada dihati saya. Terima kasih kerana menerima saya seadanya". Yonghwa pun menyatakan bahawa dia pun mencintai Seohyun dan gadis itu adalah gadis pertama dan terakhir baginya.


~THE END~


































Tiada ulasan:

Catat Ulasan