Jumaat, 7 Mac 2014
si gadis yang gila!!!
Ini kisah seorang gadis biasa yang mempunyai pelbagai impian. Gadis ini tidaklah secantik gadis lain dan badannya juga tidak seperti model. Dia hanya lah gadis yang berbadan besar dan ketinggian nya jua boleh tahan. Gadis ini seorang yang periang di luar tetapi amat menyedihkan di dalam dirinya. Gadis ini menyimpan pelbagai rahsia yang tidak diketahui oleh banyak orang. Gadis ini sering berharap agar suatu hari nanti dia dapat menjadi seseorang yang mendapat tumpuan dari banyak orang di sekelilingnya. Gadis ini sekarang telah jatuh cinta dengan seseorang yang tidak mungkin bersama dengan dia walau sekuat mana pun perasaan cinta itu. Ini kerana lelaki yang dicintainya adalah seorang penyanyi yang popular di korea iaitu gikwang. Gikwang merupakan lelaki pertama yang si gadis ini cintai kerana hanya ada gikwang dia akan tersenyum dn gembira walaupun setakat melihat video atau gambar gikwang sahaja. Si gadis ini tahu bahawa semua yang di impikannya tidak akan jd kenyataan kerana ini adalah dunia realiti dan bukan fantasi. Si gadis juga tahu yang dia tidak akan bertemu dgn gikwang kerana itu adalah mustahil kerana lautan yang memisahkan mereka terlalu luas. Si gadis salu berangan-angan bahawa gikwang adalah miliknya walaupun banyak kawan nya memberitahunya bahawa ia tidak mungkin. Salahkah si gadis berangan walaupun itu tidak mungkin. Salahkah dia menganggap gikwan adalah miliknya. Bukan masalah jauh tempat tetapi masalah agama jua menjadi isu jika si gadis mahu mengahwini gikwang. Gikwang adalah segala2 nya unntuk si gadis ketika sigadis sdang sedih atau menghadapi masalah gikwanglah pengubat hatinya. Adakah si gadis perlu melepaskan gi kwang pergi dan mula mencintai lelaki lain? Dapatkah si gadis menemui cinta realitinya dan bukan fantasi nya. Mengapa semakin lama semakin kuat perasan si gadis terhadap lelaki ini. Kenapa sukar untuk si gadis melupakannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan